Si adik ini agak jauh jarak umur dengan
kakak-kakak dan abang-abangnya.
(Padahal sebut jelah adik beradik kan.)
Sukar mahu membentuk kerana samada terlalu
manja atau anak itu terlalu kecil untuk memahami segalanya.
Salah seorang si kakak, pantang salah
sedikit, dijerit adik ini. Dijerkah dan suaranya sukar rendah bila berbicara
dengan si adik. Begitulah tahun demi tahun.
Si adik semakin keras jiwanya, semakin
sakit jiwanya bila si kakak ini menyuruh itu dan ini.
Sungguhpun begitu, sebenarnya kakak bertuah
itu sayang pada anak ini. Di carinya buku tambahan, membantu adik lebih cekap
berbahasa inggeris. Dia tahu, sukar hidup kini tanpa second language. Tapi si
adik yang sudah rentan jiwanya merengus tatkala di suruh membaca cerita-cerita
folk tales melayu yang ditulis semula di dalam bahasa inggeris.
Ada sahaja alasannya, ada sahaja dengusan
dan rengekan serta jelingan yang diterima si kakak. Si kakak yang tak kurang
batu juga hatinya seperti tidak nampak bahasa badan adik ini.
Si adik perlu membaca satu atau dua buah
cerita setiap hari dan menyiapkan set latihan yang disediakan. (Ya, nampak kejam
kerana murid sekolah sekarang beban pelajarannya hebat!)
Hakikatnya, cerita yang dibaca itu font nya
26 dan ditolak gambar hanya 3 mukasurat buku bersaiz A5.
Latihannya pula
hanya 2 muka surat per set.
Pada suatu hari, merengus-rengus si adik
menahan api di dalam hati. Benci barangkali.
Tetapi tidak pula si kakak marah cuma bercakap
dalam suara yang benar-benar rendah. Sikit lebih kurang macam ini:
“Orang (kakak) cuma nak kasi awak pandai, setanding
dengan kawan-kawan awak yang lain. Nak bagi awak senang. Awak tak nak kaya tak
apa, mungkin suka hidup susah. Sudah susah menyusahkan pula. Tak perlu buat
kalau awak tak suka, tak ada yang rugi. Awak tak faham sekarang tapi nanti
jangan menyesal. Pergilah, buka Youtube awak dan cari kartun yang awak nak
tengok tadi.”
Si adik diam dan mengambil set latihan dan
menyiapkannya dalam masa kurang 5 minit.
Reverse psychology works best! Nabi ajar
kita berhemah walaupun dengan orang yang lebih muda. Suara yang rendah, lebih
terkesan di hati terutama apabila manusia itu suka menjerit-jerit. Kelainannya terasa
dan kesannya ada.
Gambar adik kakak =))
(taken from: http://www.allposters.com/-sp/Domestic-Cat-Two-Black-And-White-Fluffy-Kittens-Male-Siblings-Posters_i2635771_.htm)
Fiya

No comments:
Post a Comment