"Adalah hikmahnya tu...."
"There are blessing in disguise.."
Ayat common yang orang katakan kepada kita, kalau kita ada masalah, musibah dan seumpanyanya.
Cuma, tak semua orang tahu bukan mudah mencari hikmahnya bila ujian datang menimpa-nimpa.
Dan semua orang perlu tahu ini;
Sekiranya kemalangan dan musibah itu ujian, kebahagiaan dan kesenangan tu pun ujian juga.
Kita selalu membanding, orang tu semua dapat, semua ada, kita nak sikit je tapi Allah tak makbulkan.
Sehingga kita berkecil hati walaupun itu hakikat terbaik yang Allah tentukan untuk kita.
Cuma kita lupa, kita hanya meminta, yang Maha Mengasihani tu hanya memberi.
Apa 'pulangan' atas pemberian itu?
Pemberian semudah oksigen.
Sukar sekali untuk kita bersyukur walaupun tak putus-putus kita tarik nafas.
Malah merungut juga.
Apalah nilainya oksigen pada kita?
Tiada.
Apakah nilainya sekiranya buat masa 10 saat Allah tarik nikmat itu?
Begitu besar sekali.
Benar, segalanya ada hikmah.
Buat mereka yang mahu berfikir.
Fiya
No comments:
Post a Comment