Hari itu sangatlah baik dengan cuaca yang
tenang. Datang kelas tit tot.. tit tot
dengan happynya. Sebab? Unknown. Yang pasti beberapa gadis ini
seronok bukan kepalang kot kot ketawa pun, tak pandang dah kiri kanan, memang
tak padan la dengan cara pakai kalau orang dengar mereka ni ketawa. Tak nak
komen pasal tu, cuma yang penting......
....maka datanglah seorang jejaka nak kata
kacak, mungkin beberapa tahun lagi baru boleh bagi jawapan. Tapi beliau datang
dengan penuh misinya.....
“weiyh!” dengan sopannya.
“nape?” kata salah seorang gadis bertubuh
rendang.
“sini jap” konon la ni nak cover.
“mende..??” ikut jugak walaupun penat dah
gelak tadi.
“kau tau....?”
“tak,” dengan selambe nya..sambil sengih
hingga hujung dunia..
“kau ni kan...sebenarnya aku tengok kau ni
dah ok....”
“........??” sambil angkat kening dan
menggerakkan sedikit muka ke kiri dan kanan.
“...aku tengok kau pakai dah ok dah...” ‘isk
tak pe ke ni?’ kata hati beliau.
“ha.......”sambil tengok baju sendiri
sampai ke kaki.
“tapi kan, emmm....kau tudung semua ok
dah..Cuma tengkuk kau aku boleh nampak.. tak guna kan pakai tudung kalau kau
sebenarnya tak tutup semua, yang lain ok dah”
“.....” senyap je gadis ni, tak de jawapan...,
nak kata melopong, boleh juga..sambil pegang tengkuk sendiri.
Dan dikurniakan kekuatan untuk mengeluarkan
suara.
“...aku minta maaf...” cukup-cukup malu
ditegur begitu. Separa terketar suaranya.
Dan menyambung..
“...terima kasih sebab beritahu. Aku minta
maaf sebab aku tak tahu. Aku tak boleh tengok tengkuk aku sendiri, sebab tetiap
kali aku pakai tudung, sebelah depan aku silangkan, jadi tak nampak pun. Aku tak
perasan langsung yang sebelah belakang nampak...”
“aku kasi tau je. Kesian kat kau..”
“thanks weiyh”
“tak pe..”
“sorry la kalau ada menganggu pandangan
kau,”
Jejaka itu beredar. Hanya satu perkataan
yang mampu diberi ketika itu. Malu. Lelaki itu ikhlas memberi tahu satu
kebenaran yang sebenarnya mungkin menjemput penampar sekiranya tidak dinyatakan
dengan baik.
Benar kata ustazah dalam sesi Recipe of Women tadi. Aurat itu aib. Aib
itu malu. Sesuatu yang memalukan harus disembunyikan. Yang wajib bukan memakai
tudung, tetapi yang wajib adalah menutup aurat. Apa pun gayanya segala sudut
tudung itu perlu dititik beratkan. Labuhnya, sebelah hadapannya, belakangnya,
sisinya...tidak salah berfesyen tetapi biarlah fesyen yang mengambil kira
syarak...Tiada yang indah perhiasan di dunia selain wanita solehah. Hiasan yang
sempurna dari semua sudut.
Buat jejaka ini, terima kasih atas
keprihatinan dan semoga ‘adegan’ yang menjadi tontonan ini telah mula
disembunyikan buat pemilik sahnya. InsyaAllah.
=) Hafiya Hadif
October 19, 2012 2223